VAKSINASI ‘WALK-IN’ DIPERLUAS DI SELURUH NEGARA

KUALA LUMPUR: Vaksinasi secara terus atau ‘walk-in’ akan diperluas di seluruh negara dalam masa terdekat. Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu selari dengan matlamat untuk mempertingkatkan jumlah pemberian vaksin kepada rakyat. Setakat ini, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak sudah memulakan ‘walk-in’ kepada warga emas dengan Kelantan yang membuka secara pra tempahan.
Read more