WARGA EMAS DIBENAR ‘WALK-IN’ UNTUK TERIMA VAKSIN

Sumber Gambar: AFP

PUTRAJAYA: Warga emas berumur 60 ke atas yang masih belum menerima suntikan vaksin kini boleh mendapatkan secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kebenaran tersebut buat masa ini diberikan kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur.

“Langkah tersebut akan dikembangkan ke negeri-negeri lain, kita buat percubaan dahulu di Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ada lagi data menunjukkan mereka berumur 60 ke atas masih belum mendapatkan vaksin,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata pihak PPV industri boleh melaksanakan proses vaksinasi dibuka secara 24 jam.—AlHijrah Online

Leave a Reply