Connect with us

ALHIJRAH NEWS

INDIVIDU HILANG KETIKA MEMANCING DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

INDIVIDU HILANG KETIKA MEMANCING DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

Mayat seorang individu yang dilaporkan hilang ketika memancing sejak Khamis ditemukan dalam keadaan terapung di Tasik Bukit Raja, Klang, hari ini.

KLANG: Seorang individu yang dipercayai hilang ketika memancing ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung di Tasik Bukit Raja, Bandar Bukit Raja, di sini, hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mangsa ditemukan kira-kira pukul 12.45 tengah hari selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

“Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 300 meter dari pusat kawalan operasi.

“Mangsa berjaya dibawa naik pada pukul 1 tengah hari sebelum identitinya disahkan oleh waris,” menurut laporan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.37 malam Khamis selepas mangsa dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti memancing.

Motosikal, peralatan memancing dan selipar milik mangsa turut ditemukan di tepi tasik berkenaan sebelum kerja-kerja mencari dan menyelamat dilaksanakan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading