COVID-19: REKOD TERTINGGI HARI INI DENGAN 13,215 KES BAHARU

Sumber: AFP

PUTRAJAYA: Kes harian positif baharu COVID-19 melonjak drastik, hari ini mencatatkan jumlah sebanyak 13,215 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan Selangor merekodkan sebanyak 6,120 kes, Negeri Sembilan 1,603 kes dan Kuala Lumpur 1,499 kes.

Image

Negeri lain merekodkan kes di bawah 1,000 iaitu Kedah sebanyak 695 kes, Johor 599 kes, Pulau Pinang 509 kes, Melaka 484 kes, Sabah 370 kes, Sarawak 363 kes dan Perak 344 kes.

Antara negeri yang lain adalah Kelantan sebanyak 255 kes, Pahang 222 kes, Terengganu 70 kes, Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya 53 kes, WP Labuan 26 kes dan Perlis tiga kes.

Sepanjang pandemik COVID-19 melanda Malaysia, kes positif dicatatkan meningkat lebih dari 10,000 kes bermula 13 Julai iaitu 11,079 kes dan semalam sebanyak 11,618 kes.—AlHijrah Online

Leave a Reply