Connect with us

ALHIJRAH NEWS

VAKSINASI ‘WALK-IN’ DIPERLUAS DI SELURUH NEGARA

DALAM NEGARA

VAKSINASI ‘WALK-IN’ DIPERLUAS DI SELURUH NEGARA

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Vaksinasi secara terus atau ‘walk-in’ akan diperluas di seluruh negara dalam masa terdekat.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) dalam kenyataannya berkata, inisiatif itu selari dengan matlamat untuk mempertingkatkan jumlah pemberian vaksin kepada rakyat.

Setakat ini, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak sudah memulakan ‘walk-in’ kepada warga emas dengan Kelantan yang membuka secara pra tempahan.

“Perincian pelaksanaan vaksinasi secara terus itu akan dimaklumkan oleh CITF negeri bersama Jabatan Kesihatan negeri masing-masing.

“Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara ‘walk-in’ di PPV bagi setiap negeri,” katanya.

Vaksinasi secara ‘walk-in’ yang dilaksanakan di Lembah Klang bermula 2 Ogos lepas dikhususkan untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun ke atas serta guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

CITF dalam kenyataan sama meminta individu di Lembah Klang yang tidak tergolong daripada kumpulan seperti dinyatakan dan tidak mendapat janji temu agar mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan sebelum ini untuk mendapatkan dos pertama.

“Penerimaan suntikan secara ‘walk-in’ ke PPV disenaraikan sebelum ini juga kini dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya jam 2 petang,” katanya.

Bagaimanapun, wanita hamil tidak digalakkan untuk ‘walk-in’, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin ke PPV bersesuaian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading