LELAKI MUAT NAIK HANTARAN BERBAUR HASUTAN TERHADAP AGONG DITAHAN
Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan polis selepas disyaki memuat naik hantaran di media sosial menghasut orang ramai melakukan demonstrasi terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
SELANGOR: Seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun ditahan polis selepas disyaki memuat naik hantaran di media sosial menghasut orang ramai melakukan demonstrasi terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ketua Polis Selangor ACP Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan polis berkenaan sebuah video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Instagram.
Katanya, hasil penelitian mendapati video tersebut menyatakan ketidakpuasan hati individu terlibat terhadap kenyataan Al-Sultan Abdullah dalam pemilihan Perdana Menteri Malaysia.
“Suspek juga melabelkan salah satu kaum di negara ini sebagai korupsi serta menghasut orang ramai untuk membuat demonstrasi bagi membantah kuasa Agong dalam pemilihan calon PM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek telah ditahan dalam serbuan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sebuah rumah di sekitar daerah Kajang semalam, lebih kurang 10.30 malam.
Dia ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Arjunaidi berkata, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan menghayati serta menghormati prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Malaysia.
“Pihak polis menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati cuba mengganggu gugat ketenteraman dan keselamatan negara. Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tegas mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked