Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI PUKUL PEMANDU WANITA LANGGAR KANAK-KANAK DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI PUKUL PEMANDU WANITA LANGGAR KANAK-KANAK DITAHAN POLIS

Seorang lelaki yang bertindak menggunakan kekerasan terhadap pemandu kereta yang melanggar dua pejalan kaki termasuk seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Persiaran Senawang 4, di Seremban, malam tadi, telah ditangkap polis.

SEREMBAN: Seorang lelaki yang bertindak menggunakan kekerasan terhadap pemandu kereta yang melanggar dua pejalan kaki termasuk seorang kanak-kanak perempuan di Jalan Persiaran Senawang 4, di sini, malam tadi, telah ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu bertindak mengasari pemandu kereta yang juga seorang wanita berusia 28 tahun, hingga mengakibatkan kecederaan lebam di bahagian rusuk sebelah kanan dan bengkak di bahagian kepala.

“Tangkapan telah dibuat ke atas lelaki tersebut dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 323/ 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, seorang wanita berusia 34 tahun dan anak perempuannya berusia tujuh tahun telah dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia, pada jam 10.15 malam tadi, dari arah Mydin Senawang menghala ke Senawang.

Mohammad Hatta berkata, apabila tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba pejalan kaki terlibat telah melintas jalan dari arah sebelah kiri ke sebelah kanan jalan.

“Akibat jarak yang sudah dekat, pemandu motokar tidak sempat mengelak lalu telah melanggar pejalan kaki tersebut.

“Akibat daripada kemalangan ini, pejalan kaki bersama anak perempuannya telah mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan di bawah Kaedah 10, Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959.

Dalam pada itu, polis menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tentang kejadian yang boleh mencetuskan ketegangan.

“Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Insp. Mohd Khairul Aswad Bin Mazlan di talian 011-10843873 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu tular video menunjukkan seorang lelaki bertindak memukul dengan agak kasar seorang pemandu wanita yang dikatakan melanggar kanak-kanak, di Senawang.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading