Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI RAGUT BEG TANGAN JIRAN DICEKUP

DALAM NEGARA

LELAKI RAGUT BEG TANGAN JIRAN DICEKUP

Ketua Polis Daerah Segamat Supt. Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi melibatkan mangsa, 29, sedang berjalan berhampiran rumahnya sebelum suspek, 30-an, datang menghampiri mangsa dengan menunggang motosikal.

SEGAMAT: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai meragut beg tangan jirannya yang juga seorang jururawat di Taman Sri Emas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt. Ahmad Zamry Marinsah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 pagi melibatkan mangsa, 29, sedang berjalan berhampiran rumahnya sebelum suspek, 30-an, datang menghampiri mangsa dengan menunggang motosikal.

Suspek kemudian bertindak meragut beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai RM30 dan set kunci kawalan jauh pintu sebuah klinik tempat mangsa bekerja.

Selepas kejadian berlaku, mangsa telah membuat laporan polis dan suspek berjaya dikesan dan ditahan polis di sebuah rumah tidak jauh dari lokasi kejadian pada jam 2.30 petang hari sama.

“Suspek direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati suspek memiliki tujuh rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan dua rekod jenayah,” katanya seperti dilapor media, hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading