Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI TIKAM IMAM KETIKA RUKUK SOLAT SUBUH

DUNIA

LELAKI TIKAM IMAM KETIKA RUKUK SOLAT SUBUH

Seorang imam cedera selepas ditikam ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di bandar Paterson, New Jersey.

AMERIKA SYARIKAT: Seorang imam cedera selepas ditikam ketika menunaikan solat Subuh di sebuah masjid di bandar Paterson, New Jersey.

Suspek menikam mangsa, Sayed Elnakib, 65, sebanyak dua kali ketika sedang rukuk semasa mengimamkan solat Subuh sekitar jam 5.30 pagi di Masjid Omar.

Suspek yang tiba-tiba menerjah ke depan kemudian menikam imam menggunakan pisau.

Lelaki berusia 32 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya disekat jemaah lain sementara menunggu polis tiba di lokasi.

Lebih 200 jemaah berada dalam masjid namun tiada siapa yang mengenali suspek.

Motif serangan masih belum diketahui dan mangsa dirawat di Pusat Perubatan Universiti St. Joseph dan berada dalam keadaan stabil.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading