Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SKMM SIASAT ADUAN VIDEO RAYA ALIFF SYUKRI

DALAM NEGARA

SKMM SIASAT ADUAN VIDEO RAYA ALIFF SYUKRI

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima tiga aduan daripada orang awam berhubung video muzik hari raya melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima tiga aduan daripada orang awam berhubung video muzik hari raya melibatkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri.

Lapor media tempatan, SKMM sedang meneliti aduan diterima berhubung kandungan video memaparkan usahawan itu bersama penari latar berpakaian dan menari yang dikatakan secara tidak sopan dan tidak menghormati bulan Ramadan.

“SKMM sedang meneliti aduan-aduan tersebut dan sekiranya kandungan yang diadukan melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588), tindakan penguatkuasaan akan diambil,” katanya hari ini.

Tambahnya jika sabit kesalahan individu terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading