Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.
IPOH: Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia akan turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang diumumkan sebelum ini.
“Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewatnya 14 April kita selesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya di sini hari ini.
Terdahulu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.
Anwar juga berkata bayaran pencen untuk pesara turut diawalkan pada tarikh yang sama.
Katanya Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan memanfaatkan hampir satu juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.
Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turun padang melihat proses penunaian STR Fasa 2 di BSN Cawangan Meru Raya.
Beliau turut menyampaikan STR secara tunai kepada beberapa penerima.
Sebelum ini kerajaan mengumumkan pembayaran STR Fasa 2 dilaksanakan mulai 5 April 2023 bagi membantu rakyat melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.
Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40.
Sementara itu, Anwar kemudian melakukan Lawatan Rahmah ke Bazar Ramadan Taman Jati di sini dan menghabiskan masa selama 30 minit di bazar itu.
Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.
Dalam kunjungan itu Anwar beramah-mesra dengan pengunjung serta peniaga dan sempat bergambar dengan mereka, selain membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager