Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKIBAT UBAH SUAI MERCUN, LELAKI PARAH KEDUA BELAH TANGAN

DALAM NEGARA

AKIBAT UBAH SUAI MERCUN, LELAKI PARAH KEDUA BELAH TANGAN

Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera parah kedua-dua belah tangan selepas dipercayai terkena mercun yang diubah suai dalam satu kejadian di Kuala Nerus, awal pagi tadi.

KUALA NERUS: Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera parah kedua-dua belah tangan selepas dipercayai terkena mercun yang diubah suai dalam satu kejadian di Kuala Nerus, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu turut menyebabkan mangsa mengalami luka di bahagian badan kerana terkena serpihan mercun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Supt Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, abang mangsa menyedari kejadian berlaku selepas terdengar bunyi letupan kuat berdekatan dengan rumahnya.

Sejurus itu, abang mangsa bertindak menghubungi pihak polis kerana mengesyaki berlakunya pergaduhan.

“Abang mangsa kemudian bergegas keluar rumah sebelum mendapati adiknya telah cedera di kedua belah tangan disyaki akibat letupan mercun yang telah diubah suai.

“Pengadu tidak mengesyaki perbuatan jahat daripada mana-mana pihak kerana kejadian berlaku akibat perbuatan bermain mercun,” katanya.

Mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu bagi mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading