Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI TURUN GUNUNG TAHAN DIHANYUTKAN ARUS SUNGAI TANUM

DALAM NEGARA

LELAKI TURUN GUNUNG TAHAN DIHANYUTKAN ARUS SUNGAI TANUM

“Pendakian bermula pada Jumaat lepas (20 Jan) sebelum dijangka turun pada Selasa, namun mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Juram akibat cuaca buruk,”

Gambar hiasan

KUANTAN: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas didakwa dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis, hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan kejadian yang menimpa Haniff Harun, 47, dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu itu pada 2.20 petang tadi. 

“Mangsa difahamkan menyertai aktiviti mendaki bersama sembilan individu dengan dipandu arah oleh masing-masing seorang malim gunung dan porter menggunakan laluan masuk di Merapoh. 

“Pendakian bermula pada Jumaat lepas (20 Jan) sebelum dijangka turun pada Selasa, namun mereka terpaksa berpatah balik ke Kuala Juram akibat cuaca buruk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. 

Azli berkata kumpulan itu perlu menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter dalam perjalanan turun.  

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan polis serta bomba termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) dan setakat ini hanya beg mangsa ditemukan berhampiran lokasi kejadian. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading