MALAYSIA KUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BAKAR AL-QURAN DI SWEDEN
“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang menyasarkan Muslim di seluruh dunia selain daripada segala bentuk perbuatan menghasut dan meniup api perkauman dalam bentuk perkataan atau perbuatan dan memandang dengan serius peningkatan arus ucapan kebencian kerana kepercayaan dan keetnikan,”
KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar senaskah kitab suci Islam, al-Quran di Stockholm, Sweden.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.
“Penghinaan secara terang-terangan ke atas kitab suci Islam oleh ahli politik Sweden itu dan ketiadaan tindakaan ke atas beliau sama seperti memarakkan Islamofobia dan mewujudkan provokasi melampau kepada sensitiviti bukan hanya kepada Turkiye tetapi lebih daripada dua bilion penganut Islam di seluruh dunia.
“Malaysia mengecam jenayah kebencian berulang menyasarkan Muslim di seluruh dunia selain daripada segala bentuk perbuatan menghasut dan meniup api perkauman dalam bentuk perkataan atau perbuatan dan memandang dengan serius peningkatan arus ucapan kebencian kerana kepercayaan dan keetnikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkata Malaysia menekankan kepentingan utama dalam mendukung prinsip-prinsip dialog, libat urus dan saling menghormati dalam menyelesaikan pertikaian.
Beliau juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya menolak perbuatan mengumpan kebencian menggunakan bangsa atau agama yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan kekal bersatu padu terhadap segala bentuk hasutan kebencian dan keganasan.
Paludan, pemimpin parti pelampau kanan Denmark “Stram Kurs”, diberikan kebenaran membakar al-Quran pada Sabtu di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm yang membangkitkan kemarahan penganut Islam di seluruh dunia. —AlHijrah Online
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked