TURKIYE KUTUK SEKERAS-KERASNYA KEPUTUSAN BENARKAN BAKAR AL-QURAN
Turkiye menyeru pihak berkuasa Sweden untuk mengambil langkah yang perlu terhadap jenayah kebencian ini kerana perbuatan itu satu lagi contoh Islamofobia, gerakan perkauman dan diskriminasi di Eropah yang amat membimbangkan.
Penunjuk perasaan melaungkan slogan semasa tunjuk perasaan di luar kedutaan Sweden di Ankara semalam. –fotoAFP
ANKARA: Turkiye pada Sabtu mengutuk ‘perbuatan keji’ ke atas al-Quran dan menyifatkan ia sebagai satu ‘jenayah kebencian secara terang-terangan’, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar Turkiye.
Menurut kenyataan itu “membiarkan tindakan anti-Islam yang menyasarkan umat Islam dan menghina nilai-nilai suci kita dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara tidak boleh diterima sama sekali.”
Turkiye menyeru pihak berkuasa Sweden untuk mengambil langkah yang perlu terhadap jenayah kebencian ini kerana perbuatan itu satu lagi contoh Islamofobia, gerakan perkauman dan diskriminasi di Eropah yang amat membimbangkan.
Kementerian itu juga menggesa semua negara serta pertubuhan antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit sebagai solidariti menentang Islamofobia.
Kenyataan Turkiye itu dibuat selepas ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan, dilaporkan telah mendapat kebenaran untuk membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm pada Sabtu.
Susulan itu, Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden Pal Jonson yang akan ke Turkiye.
Kementerian Luar Turki pada Jumaat turut memanggil Duta Sweden ke Ankara Staffan Herrstrom.
Minggu lalu, Turkiye meminta Sweden mengenakan tindakan terhadap kumpulan pengganas selepas tunjuk perasaan di Stockholm yang menyaksikan penunjuk perasaan memuat naik rakaman provokasi serta ancaman sebagai bantahan terhadap Turkiye dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan.
Sweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.
Bagaimanapun, Turkiye yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun menyuarakan bantahan dan mendakwa kedua-dua negara itu menyokong kumpulan pengganas termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO). –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: MALAYSIA KUTUK SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN BAKAR AL-QURAN DI SWEDEN – ALHIJRAH ONLINE