Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI WARGA ASING MAUT DISYAKI DILANGGAR KERETA API

DALAM NEGARA

LELAKI WARGA ASING MAUT DISYAKI DILANGGAR KERETA API

Seorang lelaki maut disyaki dilanggar kereta api dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok semalam.

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut disyaki dilanggar kereta api dalam kejadian di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdekatan Taman Sri Kijang, Machang Bubok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata sepasukan polis dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada kira-kira 8.30 malam dan mendapati lelaki dipercayai warga asing berusia 30-an itu telah meninggal dunia kerana kecederaan parah.

“Pemeriksaan ke atas mayat lelaki tanpa sebarang pengenalan diri itu tidak menemukan bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG) dan kejadian berlaku di laluan landasan KTMB dari arah Bukit Mertajam menghala ke Simpang Ampat.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk dibedah siasat. Polis klasifikasi kejadian itu sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu atau kehilangan ahli keluarga, rakan atau pekerja diminta menghubungi polis di talian 04-5382222 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading