Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LEMBAGA SIASATAN PEROLEH PERAKAM DATA, VIDEO PESAWAT F/A-18D HORNET TERHEMPAS – PTU

DALAM NEGARA

LEMBAGA SIASATAN PEROLEH PERAKAM DATA, VIDEO PESAWAT F/A-18D HORNET TERHEMPAS – PTU

Lembaga siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memperoleh perakam data penerbangan dan perakam video pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan, Khamis lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUANTAN: Lembaga siasatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah memperoleh perakam data penerbangan dan perakam video pesawat pejuang F/A-18D Hornet yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah di sini, Khamis lepas.

Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata beberapa petunjuk awal juga dikenal pasti, namun pihaknya tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut sehingga siasatan selesai.

“Setakat ini siasatan masih berjalan dan saya tidak boleh memberikan sebarang maklumat sehingga siasatan selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Mengulas keadaan dua pegawai TUDM yang terlibat dalam kemalangan terbabit, beliau berkata juruterbang Mejar Mohamad Azhar Alang Kamarudin, 34, dijangka dibenarkan pulang  ke kampung halamannya di Ipoh, Perak, selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun jurusensor senjata pesawat, Kapten Mohamad Izzuddin Mohamad Salleh, 28, masih dalam pemerhatian doktor kerana mengalami kesakitan di bahagian perut.

 Muhamad Norazlan berkata tempoh rehat mereka akan ditentukan berdasarkan nasihat doktor.

Dalam insiden 9.05 malam Khamis, Mohamad Azhar dan Mohamad Izzuddin sempat melaksanakan prosedur kecemasan dengan selamat, iaitu keluar menggunakan kerusi lontar sebelum pesawat itu terhempas.

Insiden itu berlaku ketika pesawat berkenaan sedang melakukan rutin latihan penerbangan malam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading