Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIGA ARAB KECAM TINDAKAN PELAMPAU ISRAEL SERBU AL-AQSA

DALAM NEGARA

LIGA ARAB KECAM TINDAKAN PELAMPAU ISRAEL SERBU AL-AQSA

Tindakan mereka merupakan pencabulan baharu terhadap status quo, dan mewakili provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmaqdis dan kawasan lain.

Sumber Gambar: ARKIB AFP

KAHERAH: Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan mereka merupakan pencabulan baharu terhadap status quo, dan mewakili provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmaqdis dan kawasan lain.

Beliau berkata tindakan menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa “Perarakan Bendera” adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang khususnya bertujuan merealisasikan matlamat kumpulan pelampau yang berusaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan mengenakan sekatan ke atas jemaah di kawasan Haram Al Sharif itu.

Beliau menggesa kuasa-kuasa yang berpengaruh di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan provokasi itu yang mendorong ke arah konfrontasi agama dengan akibat yang tidak dapat dibayangkan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading