Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA LELAKI TERMASUK WARGA EMAS PONTENG PUASA DITAHAN JAIM

DALAM NEGARA

LIMA LELAKI TERMASUK WARGA EMAS PONTENG PUASA DITAHAN JAIM

Antara suspek terlibat merupakan seorang warga Indonesia berusia 20 tahun, yang juga merupakan seorang buruh binaan, ditahan semasa suspek sedang makan tengahari di Pekan Alor Gajah.

MELAKA TENGAH: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) berjaya menahan lima lelaki termasuk warga emas yang tidak berpuasa dan makan di khalayak ramai, sejak 1 Ramadan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 60 tahun dalam operasi berasingan di sekitar Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Antara suspek terlibat merupakan seorang warga Indonesia berusia 20 tahun, yang juga merupakan seorang buruh binaan, ditahan semasa suspek sedang makan tengahari di Pekan Alor Gajah.

“JAIM akan memainkan peranan dalam melaksanakan penguatkuasaan di beberapa lokasi ‘hotspot’ yang mendapati ada pemis menjual makanan kepada orang Islam.

“Pada tahun lepas, sebanyak 96 tangkapan kes tidak berpuasa serta makan di khalayak ramai,” katanya selepas mengetuai operasi itu hari ini.

Mengulas lanjut, Rahmad berkata kesemua mereka boleh ditahan di bawah Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 (EKSNM) dan boleh dihukum mengikut kategori kesalahan.

Sementara itu dalam operasi hari ini, seorang lagi buruh binaan diberikan surat perintah hadir (SPH) ke JAIM setelah didapati berada di dalam sebuah restoran mamak di Ayer Keroh selepas membeli dua bungkusan air.

Suspek itu memberi alasan dua bungkusan air teh ais dan sirap bandung ais itu untuk diberikan kepada dua rakannya yang bekerja tidak jauh dari restoran terbabit.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading