LIMA REMAJA DIDAKWA PUKUL PELAJAR SEHINGGA CEDERA PARAH
Lima remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar 17 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Kampung Sentosa, di sini pada 8 Mei lepas.
Lima remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar 17 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Kampung Sentosa, Seremban pada 8 Mei lepas. –fotoBERNAMA
SEREMBAN: Lima remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan kekerasan terhadap seorang pelajar 17 tahun sehingga menyebabkan kecederaan parah dalam satu kejadian di Kampung Sentosa, di sini pada 8 Mei lepas.
Shazrin Shah Mohd Norazham, 19, Nur Ariq Farhan Ismail, 21, Nur Ezwan Ezanie Rohaizad, 24, serta dua lagi remaja berusia 17 tahun membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.
Mengikut pertuduhan pertama, kesemua tertuduh bersama-sama dengan yang masih bebas, dengan sengaja telah menyebabkan cedera parah terhadap seorang remaja berusia 17 tahun di Kampung Sentosa Jaya, di sini pada kira-kira 11 malam, 8 Mei.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, mereka didakwa secara bersama telah berhimpun secara berkumpulan dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya P. Rubini menawarkan jaminan RM7,000 bagi setiap tertuduh, namun peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Razqeeyanur Sarini Salzali yang mewakili semua tertuduh memohon jaminan dikurangkan kerana mereka masih muda dan berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.
Razqeeyanur berkata tertuduh antaranya bekerja sebagai jurukimpal dan penyambut tetamu dengan masing-masing bergaji RM1,000 manakala seorang lagi merupakan pekerja kilang dengan pendapatan RM1,500 dan perlu menanggung ibu bapa yang uzur.
Beliau berkata tertuduh lain pula bergantung pada ibu mereka yang bekerja di kedai makan dan petugas kebersihan yang tiada pendapatan tetap.
Majistret kemudian menetapkan setiap seorang dijamin RM2,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin serta menetapkan 16 Jun sebagai sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan sebanyak 10 individu berumur antara 17 hingga 31 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul seorang pelajar tingkatan lima di Paroi, awal pagi Jumaat lepas. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests