TARIKH AKHIR KEMUKA e-BORANG TAHUN TAKSIRAN 2024 ESOK
Tarikh akhir untuk mengemukakan e-Borang Tahun Taksiran 2024 (TT 2024) bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
PUTRAJAYA: Tarikh akhir untuk mengemukakan e-Borang Tahun Taksiran 2024 (TT 2024) bagi individu pemastautin tidak menjalankan perniagaan adalah esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia meliputi pembayar cukai kategori individu pemastautin merangkumi pekerja berpengetahuan, berkepakaran, bukan warganegara memegang jawatan utama dan individu bukan pemastautin.
Selain itu, kategori lain membabitkan individu bukan pemastautin (pekerja berpengetahuan), pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu Hindu.
LHDN memaklumkan pengemukaan borang nyata (BN) melalui e-Filing boleh dibuat menerusi portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my atau melalui portal rasmi HASiL di https://www.hasil.gov.my > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing.
Pembayar cukai diingatkan untuk tidak bertangguh dan bertanggungjawab melaporkan pendapatan diterima dengan tepat melalui e-Borang serta membuat bayaran cukai dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penalti lewat mengemukakan borang cukai pendapatan, kenaikan cukai dan tindakan undang-undang.
Pembayar cukai juga dinasihatkan mengisi maklumat diri dan perbankan yang lengkap serta terkini bagi memastikan kelancaran proses bayaran balik cukai.
LHDN berkata kegagalan mengemukakan BN dan melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh ditetapkan boleh dikenakan tindakan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP).
Menurut Seksyen 112(1) ACP, kegagalan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan tidak memaklumkan layak dikenakan cukai boleh menyebabkan denda RM200 hingga RM20,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Manakala pembayar cukai selepas tempoh dibenarkan akan dikenakan kenaikan cukai 10 peratus daripada cukai kena bayar mengikut Seksyen 103(3) ACP.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.