Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA RENTUNG KEMALANGAN BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA

DALAM NEGARA

LIMA RENTUNG KEMALANGAN BERHAMPIRAN TEROWONG MENORA

KUALA KANGSAR: Lima individu rentung dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, yang masing-masing duduk di bahagian belakang merupakan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 12.52 tengah malam.

Ujar beliau, nahas membabitkan sebuah kereta yang belum dikenal pasti modelnya bersama dua lori treler masing-masing membawa muatan besi dan mozek.

Menurutnya, nahas membabitkan keseluruhan seramai lapan mangsa dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian dalam keadaan rentung dengan kadar peratusan terbakar 90 peratus.

“Terdapat lima mangsa di dalam kereta disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.

“Pemandu dua treler serta kelindan yang terbabit dalam nahas ini selamat, dengan treler bermuatan mozek hanya mengalami kemalangan kecil akibat pelanggaran dari arah belakang,” katanya.

Operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa turut dibantu BBP Meru Raya, BBP Ipoh dan BBP Kamunting.- AlHijrah Online /Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading