Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENANGGUHAN UMRAH: BAYARAN PAMPASAN SELESAI MAC LEPAS – AHMAD MARZUK

DALAM NEGARA

PENANGGUHAN UMRAH: BAYARAN PAMPASAN SELESAI MAC LEPAS – AHMAD MARZUK

Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah ekoran penangguhan sementara ibadah itu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 bermula 8 Jan lepas, telah selesai diberikan pada Mac lepas.

Tangkap layar AlHijrah Online pada 6 Februari lepas.

KOTA BHARU: Pembayaran pampasan kepada lebih 1,000 jemaah umrah ekoran penangguhan sementara ibadah itu kerana kebimbangan terhadap varian Omicron COVID-19 bermula 8 Jan lepas, telah selesai diberikan pada Mac lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata proses pembayaran diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

Beliau berkata mereka yang menerima pampasan telah memenuhi syarat ditetapkan sebelum ini termasuk dokumentasi berkaitan yang lengkap dengan perbelanjaan bagi pelaksanaan umrah.

“Antara syarat yang dikenakan adalah mereka perlu mengemukakan resit yang mereka telah bayar termasuk segala perbelanjaan yang berbukti namun telah hangus disebabkan penangguhan umrah. 

“Kita berharap ia (bayaran pampasan) sekali gus meringankan beban mereka yang terpaksa menanggung kerugian akibat penangguhan pelaksanaan umrah,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Media sebelum ini melaporkan jemaah umrah akan menerima bayaran sagu hati RM1,671 seorang daripada kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad dilaporkan berkata bayaran akan dikreditkan menggunakan akaun simpanan TH jemaah umrah bermula pada 18 Feb lepas.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading