Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAHKAMAH PAKISTAN ARAH SEKAT TIKTOK, SEBAR UNSUR LUCAH

DALAM NEGARA

MAHKAMAH PAKISTAN ARAH SEKAT TIKTOK, SEBAR UNSUR LUCAH

Sumber Gambar: The Washington Post

MOSCOW: Seorang hakim di Pakistan memerintahkan penyelia telekomunikasi negara itu menyekat aplikasi TikTok kerana didapati “menyebarkan unsur lucah dalam masyarakat”, pada Khamis lalu.

Lapor Sputnik, menurut akhbar Pakistan Dawn, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Peshawar Qaiser Rashid Khan mengeluarkan perintah tersebut selepas mendapati kandungan video yang dikongsi di aplikasi berkenaan “tidak boleh diterima masyarakat Pakistan”.

“Tiktok perlu dilarang kecuali pegawai mereka mematuhi permintaan dan bekerjasama dengan anda untuk mencegah kandungan tidak bermoral,” kata Hakim Khan.

Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PIBG) Kamran Gandapur, yang diarahkan menguatkuasakan larangan itu, memaklumkan kepada hakim permintaan itu sudah diajukan kepada pegawai TikTok tetapi belum mendapat sebarang jawapan.

Khan turut mengarahkan TikTok diharamkan sehingga pihak berkenaan memberikan maklum balas.

Hakim kemudian dimaklumkan TikTok tidak mempunyai pejabat di Pakistan.

Sebelum ini, aplikasi Tiktok yang berasal dari China itu menerima tekanan di seluruh dunia, bagaimanapun ia semakin popular dalam kalangan generasi muda.

Sementara itu, TikTok juga mendapat perhatian selebriti, tokoh awam serta media.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading