MAINJ DIMINTA SEMAK SEMULA SENARAI PENERIMA ZAKAT FITRAH
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata semakan itu perlu kerana terdapat penerima zakat di negeri ini yang masih belum tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan MAINJ.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (tengah) menyampaikan replika cek sumbangan kepada Penyelia Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Mohamad Saifullah Zolkanain (kanan) pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Aplikasi E-Fidyah (iOS) Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) semalam. –fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata semakan itu perlu kerana terdapat penerima zakat di negeri ini yang masih belum tersenarai sebagai penerima bantuan bulanan MAINJ.
“MAINJ kena melihat pada semakan nama saraan bulanan sebab saya mendapati sebahagian daripada penerima bantuan zakat fitrah mereka ini masih belum tergolong dalam senarai penerima bulanan MAINJ. Ini bukan salah sesiapa, ia kita anggap kemas kini semula sebab kadang-kadang mereka (orang susah) tidak pergi memohon dan mungkin tidak tahu.
“Jadi, saya telah mengarahkan MAINJ senaraikan semula fakir miskin, anak yatim (penerima zakat fitrah) yang perlu dimohonkan dengan permohonan saraan bulanan sebab mereka wajib menerimanya bagi menjalani kehidupan seharian dan manfaat zakat itu perlu dikembalikan kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Aplikasi E-Fidyah di sini semalam, yang turut dihadiri Penasihat MAINJ Datuk Dr Nooh Gadut dan Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ Hasrin Kamal Hashim.
Mengenai jangkaan penambahan penerima bantuan bulanan, beliau menganggarkan jumlahnya mungkin lebih daripada 1,000 penerima.
“..saya jangka mungkin lebih, semakan akan dibuat dengan teliti sebab kita juga akan memastikan kalau ada antara mereka telah menerima bantuan MAINJ tetapi tidak mencukupi dan mereka ini kita akan kemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata penaiktarafan aplikasi e-Fidyah dan penambahan saluran bayaran baharu kepada pengguna Apple menerusi aplikasi iOS diharap dapat memberi kemudahan kepada umat Islam di negeri ini membuat bayaran fidyah tanpa berdepan kesulitan untuk ke kaunter MAINJ secara fizikal.
Mohd Fared berkata melalui aplikasi terkini d-Fidyah itu diharapkan lebih ramai rakyat Johor membuat pembayaran fidyah sekali gus dapat membantu golongan memerlukan.
“Kemudahan aplikasi e-fidyah telah disediakan oleh MAINJ sejak 2016 namun aplikasi itu terhad untuk pengguna android sahaja dan hari ini ia telah dinaik taraf di samping penambahan saluran kepada pengguna iOS.
“Ini membolehkan pengguna telefon bimbit membuat pembayaran terutamanya mereka yang tidak dapat berpuasa dengan hujah yang dibenarkan, maka mereka wajib membayar fidyah,” katanya.
Tahun lepas, MAINJ mencatatkan kutipan fidyah RM10.8 juta melibatkan 24,964 pembayar dengan RM6.9 juta telah diagihkan kepada yang layak menerima. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager