MAIWP PERUNTUK RM1.6 BILION PERKUKUH AGENDA KEBAJIKAN, PEMBANGUNAN UMMAH PADA 2026
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menerusi Bajet MAIWP 2026.
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan RM1.6 bilion bagi mengukuhkan agenda kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan menerusi Bajet MAIWP 2026.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata MAIWP menumpukan dua fokus utama dalam perbelanjaan agihan kepada asnaf iaitu kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf serta pemerkasaan pendidikan ummah melibatkan keseluruhan RM1.354 bilion.
Beliau berkata bagi kesejahteraan dan pemberdayaan asnaf, sebanyak RM1.157 bilion diperuntukkan bagi agihan meliputi kluster kebajikan, perlindungan, perubatan, pembangunan ummah dan asnaf, wakalah dan zakat bahagian Amil.
Sementara bagi pemerkasaan pendidikan, RM197.22 juta disediakan bagi kluster pendidikan serta institusi pendidikan dan kebajikan.
“Bajet MAIWP 2026 memberikan tumpuan secara menyeluruh kepada usaha memperkukuh kesejahteraan asnaf melalui penyediaan keperluan asas serta pelaksanaan program pembangunan yang holistik bagi meningkatkan taraf hidup mereka, sama ada dari segi sosial mahupun kerohanian.
“Pada masa sama, MAIWP turut memberikan penekanan besar terhadap aspek pendidikan anak-anak asnaf bermula dari peringkat awal hingga ke menara gading agar mereka berpeluang mencapai potensi terbaik dan menjadi ejen perubahan kepada keluarga masing-masing,” katanya pada sidang media Bajet MAIWP 2026 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Na’im berkata MAIWP memperuntukkan RM250.7 juta bagi perbelanjaan mengurus merangkumi aktiviti operasi dan pengurusan MAIWP dan RM73.65 juta dana bagi tujuan pembangunan merangkumi aktiviti fizikal pembangunan hartanah, pembelian aset dan pelaburan yang dapat memberi kesejahteraan kepada ummah.
Beliau berkata Bajet MAIWP 2026 bertemakan “Kesejahteraan Ummah” digubal secara berhemah dan realistik dengan tumpuan untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan terbaik kepada rakyat, selain tiada pengurangan program atau inisiatif.
Mohd Na’im berkata peruntukan perbelanjaan yang besar itu mengambil kira keadaan ekonomi semasa serta isu miskin bandar khususnya di Wilayah Persekutuan yang menjadi keutamaan MAIWP.
“Pendapatan isi rumah semasa yang tidak setimpal dengan kenaikan kos perbelanjaan isi rumah memberikan kesan signifikan kepada kelangsungan hidup masyarakat khususnya golongan dalam kalangan asnaf di Wilayah Persekutuan,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Na’im berkata pendapatan MAIWP bagi 2026 dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion, meningkat 9 peratus berbanding anggaran pendapatan MAIWP pada tahun ini yang berjumlah RM1.5 bilion.
Beliau berkata MAIWP telah menyasarkan kutipan zakat berjumlah RM1.37 bilion pada tahun depan, selain pendapatan daripada aktiviti sewaan, yuran pengajian, pelaburan dan geran daripada Kementerian Kewangan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests