Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERHILITAN PERAK PASANG PERANGKAP, TAMBAH DUA KAMERA JEJAK ‘PAK BELANG’ DI BUKIT BANGKONG

DALAM NEGARA

PERHILITAN PERAK PASANG PERANGKAP, TAMBAH DUA KAMERA JEJAK ‘PAK BELANG’ DI BUKIT BANGKONG

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak memasang sebuah perangkap selain menambah dua lagi kamera jejak di Bukit Bangkong, Chemor, susulan serangan harimau di kawasan berkenaan pada 5 Dis lepas.

Sumber: BERNAMA

IPOH: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak memasang sebuah perangkap selain menambah dua lagi kamera jejak di Bukit Bangkong, Chemor, susulan serangan harimau di kawasan berkenaan pada 5 Dis lepas.

Ketua Unit Konservasi Harimau Malaya Perak Marina Yusof berkata langkah itu diambil selepas pihaknya menemui kesan tapak kaki pemangsa itu di beberapa lokasi sekitar.

“Lokasi pemasangan perangkap dan dua kamera ini dipilih berdekatan dengan kesan tapak kaki yang kita temui sebelum ini,” katanya ketika ditemui di Bukit Bangkong di sini, hari ini.

Bernama sebelum ini melaporkan penduduk sekitar kawasan berkenaan bimbang apabila dikejutkan dengan kematian dua ekor lembu ternakan mati manakala lima ekor lagi hilang dipercayai akibat serangan harimau. 

Selain itu, Marina berkata buat masa ini seramai 10 kakitangan Perhilitan Perak akan mengawasi kawasan berkenaan bagi memastikan tiada perkara di luar jangkaan berlaku.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad yang turut meninjau kawasan tersebut berkata pihaknya meminta penduduk berhati-hati selain menghentikan sebarang aktiviti rekreasi di sekitar kawasan terbabit.

Beliau percaya Perhilitan Perak akan dapat mengawal situasi sekali gus menangkap haiwan itu. 

“Saya minta penduduk di kawasan ini sentiasa mendengar nasihat daripada Perhilitan Perak dan jangan suka-suka masuk kawasan ini tanpa kebenaran.

“Saya turut difahamkan sekiranya banyak pergerakan manusia di kawasan serangan ini akan menyebabkan usaha untuk menangkap harimau berkenaan terganggu,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading