Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BOMBA SELAMATKAN EMPAT LELAKI TERPERANGKAP DALAM KENDERAAN AKIBAT BANJIR

DALAM NEGARA

BOMBA SELAMATKAN EMPAT LELAKI TERPERANGKAP DALAM KENDERAAN AKIBAT BANJIR

Pasukan bomba membantu menyelamatkan empat lelaki selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir ketika melalui Jalan Penerangan, Sepupok, Niah hari ini.

Sumber: Media sosial

MIRI: Pasukan bomba membantu menyelamatkan empat lelaki selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terperangkap dalam banjir ketika melalui Jalan Penerangan, Sepupok, Niah hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada 9.09 pagi sebelum sepasukan lima anggota diketuai PBK I Awang Azwan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digegaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati tiga rakyat tempatan dan seorang warga Indonesia berusia antara 26 dan 44 tahun berada atas kenderaan berkenaan selepas laluan dinaiki air.

“Mangsa yang berada di kawasan terbabit atas urusan tugas syarikat, dipindahkan ke lokasi selamat di Jambatan Simpang Sepupok menggunakan bot bomba,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PGO JBPM Sarawak turut memaklumkan sebanyak 375 penduduk Rumah Aron Skim dan Rumah Lumpoh di Sepupok dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air awal pagi tadi.

BBP Batu Niah menerima panggilan pada 12.30 tengah malam sebelum enam anggota diketuai PBK I Jeffery Majin digerakkan ke lokasi sejauh 11 kilometer.

Apabila tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati dua rumah panjang bersebelahan itu dinaiki air banjir dan operasi pemindahan mangsa dilakukan dengan mereka dihantar ke rumah saudara-mara masing-masing.

“Tiada pusat pemindahan sementara dibuka. Daripada jumlah keseluruhan mangsa, 119 adalah penghuni Rumah Lumpoh manakala 256 dari Rumah Aron Skim,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading