Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENJUAL SATE MENGAKU TIDAK BERSALAH BUNUH PEKERJA WARGA INDONESIA

DALAM NEGARA

PENJUAL SATE MENGAKU TIDAK BERSALAH BUNUH PEKERJA WARGA INDONESIA

Seorang penjual sate dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas pertuduhan membunuh pekerjanya iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang mayatnya dijumpai di tepi Jalan Lumba Kuda di Kuching, Sarawak bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

KUCHING: Seorang penjual sate dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh pekerjanya iaitu seorang lelaki warga Indonesia yang mayatnya dijumpai di tepi Jalan Lumba Kuda di sini, bulan lepas.

Tan Seng Hiang, 35, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Sumarno di Jalan Lumba Kuda, Jalan Penrissen Lama di sini antara 1.47 pagi dan 2.37 pagi 25 Nov lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menetapkan 27 Jan tahun depan untuk sebutan kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, Lim Hiong Hiap, 60, yang juga pemilik premis di Jalan Sekama di mana Tan mengusahakan gerai satenya, turut didakwa atas pertuduhan mengubah bukti dengan mengarahkan seorang lagi individu untuk memadam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Lim, yang mengaku tidak bersalah, didakwa mengarahkan Goh Moh Seng memadam rakaman CCTV itu di Culture Inn yang terletak bersebelahan premisnya pada 1 pagi 25 Nov lepas mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, jika sabit kesalahan.

Majistret Ling Hui Chuan membenarkan Lim diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jan tahun depan untuk pengurusan kes. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Safly Nor Kazly dan Ahmad Fauzulutfi Suriani manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Daniel Ling.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading