MALAYSIA GUNA SEGALA USAHA DIPLOMATIK HALANG PEMBUNUHAN ORANG AWAM DI GAZA – PM ANWAR
Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara ini bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14, 2023 hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menggunakan segala usaha diplomatik dalam bekerjasama dengan rakan negara ini bagi menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan tidak seharusnya ada keraguan terhadap komitmen negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Berucap pada Perhimpunan Agung Persatuan Undang-undang ASEAN (ALA) ke-14 2023 di sini hari ini, Anwar berkata Malaysia percaya dalam menegakkan undang-undang antarabangsa serta keselamatan dan kemakmuran adalah berdasarkan keutamaan peraturan yang mengawal interaksi antara negara.
“Segalanya ada kaitan dengan undang-undang kerana itulah yang sepatutnya kita semua pertahankan pada saat bahaya besar ini dan itu sepatutnya begitu terutamanya bagi negara-negara di dunia yang sentiasa pantas mendakwa bahawa mereka menyokong peraturan berdasarkan perintah antarabangsa.
“Tetapi ia juga tidak ada kena mengena dengan undang-undang kerana negara-negara yang sama ini cepat menangguhkan perbincangan sebegitu apabila ia melibatkan Israel, pendudukan kejamnya terhadap rakyat Palestin dan sikap tidak menghiraukan peraturan berdasarkan perintah antarabangsa,” kata beliau.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Menyentuh mengenai inisiatif ASEAN, Anwar berkata negara-negara ASEAN mesti memperjuangkan dasar yang menggalakkan dan menegakkan kesaksamaan gender merentasi pelbagai bidang termasuk pendidikan, pekerjaan dan kepimpinan.
Justeru, beliau berkata ASEAN perlu memberi ruang dan perhatian kepada sumbangan wanita, mengiktiraf potensi mereka dan memberi mereka peluang sama rata untuk memimpin dan berinovasi.
Perdana Menteri turut memuji inisiatif selaras dengan Pelan Hala Tuju ASEAN mengenai Penghapusan Bentuk Terburuk Buruh Kanak-Kanak menjelang 2025, rangka kerja kerjasama seluruh rantau yang melengkapkan komitmen dan tindakan menentang buruh kanak-kanak di peringkat global.
“Walaupun pelaksanaan larangan protokol pilihan terhadap pornografi kanak-kanak berbeza antara bidang kuasa, komitmen untuk memeranginya terbukti melalui undang-undang domestik yang melarang jenayah kejam ini,” kata beliau.
Undang-undang seharusnya seiring dengan kewajipan moral untuk memastikan ibu bapa menghormati dan menunaikan amanah yang dibebankan kepada mereka untuk kesejahteraan anak-anak mereka, kata beliau. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests