MALAYSIA LAKAR KEMENANGAN DALAM KES TUNTUTAN KUMPULAN SULU
VIENTIANE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama
VIENTIANE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda hari ini menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.
Keputusan itu diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos bermula semalam, sebelum beliau berlepas pulang.
“Menang, Alhamdullillah. Dapat menamatkan satu episod yang tidak baik untuk negara yang mencabar kedaulatan Malaysia. Mereka gagal, kita syukur Alhamdulillah,” katanya kepada media Malaysia.
Award itu telah diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa pada 28 Feb 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.
Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya di negara itu).
Perdana Menteri berkata keputusan itu sekali gus menghalang apa-apa usaha pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan tuntutan mereka yang tidak sah terhadap Kerajaan Malaysia di Belanda.
Beliau berkata keputusan Mahkamah Rayuan The Hague Court itu merupakan satu lagi kemenangan penting kepada Kerajaan Malaysia rentetan daripada keputusan Mahkamah Rayuan Paris pada 6 Jun lepas.
“Kerajaan Malaysia yakin bahawa dengan keputusan ini, Kerajaan adalah semakin hampir untuk membatalkan sepenuhnya award akhir yang tidak sah dan disalahgunakan oleh pihak yang menuntut yang berjumlah hampir US$15 bilion yang dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa dan sekali gus menjadikan tuntutan tersebut hanyalah sebagai sebahagian daripada sejarah.
“Malaysia percaya bahawa keputusan Mahkamah Rayuan The Hague pada hari ini, bersama-sama dengan keputusan Mahkamah Rayuan Paris baru-baru ini akan menamatkan usaha sia-sia pihak yang menuntut untuk menguatkuasakan award akhir di negara-negara lain,” katanya.
Anwar berkata sehingga kini, kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti dalam usaha untuk melindungi kedaulatan, keselamatan negara serta kepentingan negara dan kes Sulu ini membuktikan bahawa terdapat pencabulan yang nyata terhadap kekebalan kedaulatan Malaysia yang merupakan suatu perkara penting bagi setiap warganegara Malaysia MADANI.
Anwar berkata Kerajaan Malaysia akan meneruskan usaha melalui apa-apa jua cara bagi menentang eksploitasi dan penyalahgunaan sistem timbang tara antarabangsa termasuk mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi mendapatkan kembali segala kos perundangan dari sumber kewangan negara yang terpaksa dibelanjakan dalam menangani tuntutan ini.
“Kerajaan Malaysia yakin bahawa ia dapat menegakkan keadilan bagi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Sekretariat Khas yang juga Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun serta semua kementerian dan agensi berkaitan termasuk peguam antarabangsa serta semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.
Pada 2019, kumpulan Sulu membawa kes itu kepada penimbang tara Sepanyol untuk mendapatkan pampasan bagi tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.
Stampa, yang dilantik oleh kumpulan Sulu itu, pada 28 Feb 2022 telah membuat keputusan yang memihak kepada mereka dan memberikan award akhir sebanyak US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu terbabit yang kemudian didapati tidak sah kerana pelantikan beliau sebagai penimbang tara telah dibatalkan oleh Mahkamah Sepanyol.
Kumpulan itu kemudian membawa kes tersebut ke Mahkamah Paris. Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan Paris pada 14 Mac 2023, mengekalkan perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia terhadap pelaksanaan award akhir tersebut — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked