MALAYSIA, PERANCIS ULANGI PENDIRIAN GESA GENCATAN SENJATA DAN BANTUAN KEMANUSIAAN DI GAZA
“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi. Buat masa ini, Israel perlu membenarkan bantuan sampai ke Gaza.”
PARIS: Malaysia dan Perancis pada Jumaat, mengulangi pendirian kedua-dua negara bagi gencatan senjata di Gaza dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan.
Gesaan itu dibuat Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di Istana Elysee, di sini.
Macron berkata beliau dan Anwar bersetuju bahawa gencatan senjata kekal harus dilaksanakan di Gaza serta pembebasan tebusan juga perlu dilakukan.
Presiden Perancis itu berkata penyelesaian dua negara ialah kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu Palestin–Israel.
“Kami sedang bekerjasama dengan beberapa pihak tentang perkara ini, antaranya Arab Saudi. Buat masa ini, Israel perlu membenarkan bantuan sampai ke Gaza,” kata beliau.
Pada sidang media yang diadakan sebelum pertemuan dua hala itu, Anwar memuji Macron atas kesungguhannya cuba untuk menyelesaikan konflik berpanjangan di Gaza.
“Sudah pasti, kita mengutuk serangan bom berterusan dan kekejaman yang dilakukan terhadap orang awam, wanita dan kanak-kanak, dan amat menyedihkan komuniti antarabangsa masih gagal menyelesaikan krisis ini,” kata Anwar.
“Jadi, inisiatif anda kami sokong. Tiada persoalan tentang keamanan, dan sekiranya keamanan menuntut kerjasama daripada kedua-dua pihak, saya bersetuju dengan anda. Sebab itu juga kami komited terhadap penyelesaian dua negara,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata Malaysia turut mengutuk serangan Israel terhadap Iran, dan akan terus menyokong usaha Perancis untuk membawa keamanan di Asia Barat.
“Saya tidak fikir kita boleh menafikan isu penggunaan nuklear untuk tujuan keamanan. Isu pengawalan dan pertambahan senjata nuklear, ataupun tenaga (nuklear), tidak boleh dilihat secara selektif.
“Jika anda katakan tidak kepada Iran, (dan) anda katakan ya kepada Israel, (maka) kita berdepan masalah, kita perlu cuba selesaikannya, namun saya bersetuju dengan anda, kita perlu menekankan kepada Iran supaya menggunakannya (nuklear) hanya untuk tujuan dan kaedah yang aman, dan membenarkan pemeriksaan yang mereka telah berikan komitmen,” kata beliau.
Macron berkata Iran juga mesti dengan jelas menegaskan sokongan terhadap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear, menarik balik undang-undang yang mengehadkan kerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).
Presiden itu berkata Iran perlu bersetuju dengan perjanjian yang akan membawa kepada penamatan aktiviti pengayaan uranium di negara itu, sambil membolehkan ia menikmati manfaat daripada penggunaan tenaga nuklear secara aman.
“Perkara ini menjadi tumpuan perbincangan saya dengan Presiden Iran dan juga Presiden Rusia Vladimir Putin, dan pada semalam, dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Saya akan teruskan perbincangan dalam beberapa hari akan datang dengan anggota Majlis Keselamatan (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang lain.
“Kami juga mahukan gencatan senjata serta-merta di Ukraine.
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap penduduk awam. Perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Rusia ini mempunyai kesan yang jauh melangkaui benua Eropah, sebagaimana yang kita lihat sekarang tentera Korea Utara telah dikerahkan ke tanah Eropah,” kata Macron.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests