Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MANGSA BANJIR DI IPOH MENINGKAT KEPADA 93 ORANG

DALAM NEGARA

MANGSA BANJIR DI IPOH MENINGKAT KEPADA 93 ORANG

Sebanyak 33 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Sri Klebang iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi banjir dan paras air semasa adalah kira-kira setengah meter.

Foto Facebook

IPOH: Mangsa banjir kilat di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Chepor di sini, meningkat kepada 93 orang setakat 8 pagi hari ini berbanding 55 orang yang direkodkan malam semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan mengenai banjir akibat hujan lebat itu pada pukul 10.05 malam.

“Sebanyak 33 keluarga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sri Klebang iaitu kira-kira dua kilometer dari lokasi banjir dan paras air semasa adalah kira-kira setengah meter,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pihak bomba sedang memantau lokasi terbabit dan kawasan Ulu Chepor yang turut dinaiki air.

Semalam, hujan lebat yang berterusan sejak petang hingga tengah malam menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading