Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI DIHANYUT KEPALA AIR DI SUNGAI KLANG DITEMUI DI SHAH ALAM

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI DIHANYUT KEPALA AIR DI SUNGAI KLANG DITEMUI DI SHAH ALAM

Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, pada Ahad lalu, ditemui di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Mayat lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, pada Ahad lalu, ditemui di kawasan Kampung Sungai Kandis, Shah Alam, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Difahamkan polis akan mengadakan satu sidang media bagi memaklumkan butiran lanjut berhubung penemuan itu.

Ahad lepas, media melaporkan kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penambahbaikan paip di kawasan berkenaan.

Mangsa dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan yang diletakkan di bawah jambatan sejurus menyedari kehadiran kepala air, namun tidak sempat menyelamatkan diri.

Insiden tersebut membabitkan keseluruhan 12 individu yang berada di bawah jambatan berkenaan  termasuk pekerja penambahbaikan paip dan sekumpulan pemancing. 

Sebanyak 11 daripadanya berjaya diselamatkan manakala mangsa merupakan satu-satunya individu yang hilang dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, pada Rabu lepas kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero milik mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer (km) dari lokasi kejadian.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading