Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT LELAKI TANPA IDENTITI DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI

DALAM NEGARA

MAYAT LELAKI TANPA IDENTITI DITEMUI TERAPUNG DI SUNGAI

Mengulas lanjut, mayat tersebut dipercayai warga tempatan namun maklumat lain masih tidak dapat dikenal pasti.

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sebuah sungai berhampiran Blok 94 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian menerusi sistem MERS999 kira-kira jam 11:34 pagi.

Katanya, keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai bersama jentera FRT-1 beserta tujuh orang anggota lain-lain pangkat sebagai ‘first responder’ bagi membantu kecemasan.

“Menurut Komander Operasi PBK I KUP Ramli bin Mohamad, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat mayat seorang lelaki sedang terapung di dalam sungai.

“Tindakan operasi dengan menggunakan peralatan tali dan ‘stretcher’ untuk membawa naik mayat ke tebing sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Komander Operasi melaporkan bahawa mayat telah berjaya dinaikkan ke darat pada jam 12:33 tengah hari.

Mengulas lanjut, mayat tersebut dipercayai warga tempatan namun maklumat lain masih tidak dapat dikenal pasti.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading