Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BIDEN, BLINKEN BERDEPAN PROTES PRO-PALESTIN DI HADAPAN JABATAN NEGARA

DUNIA

BIDEN, BLINKEN BERDEPAN PROTES PRO-PALESTIN DI HADAPAN JABATAN NEGARA

Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun pada Isnin di hadapan Jabatan Negara di Washington, D.C., bagi mengecam dasar pentadbiran Biden terhadap Gaza.

Sumber Gambar: AFP

WASHINGTON: Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun pada Isnin di hadapan Jabatan Negara di Washington, D.C., bagi mengecam dasar pentadbiran Biden terhadap Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

Mereka menjerit “Penjenayah perang!” ketika rombongan Presiden Joe Biden tiba.

Biden, yang ditemani Setiausaha Negara Antony Blinken, menyampaikan ucapan dasar luar terakhirnya, merumuskan legasi dan usaha pentadbirannya.

“Memalukan!” jerit penunjuk perasaan.

Mereka membawa sepanduk dengan tulisan “Dasar Biden adalah Genosid,” “Bersuara, Bangkit, Gunakan Kuasa Anda,” “Israel Membunuh” dan “Berhenti Bekal Senjata Kepada Israel Dengan Wang Cukai Saya.”

Polis mengambil langkah keselamatan di sekitar jabatan itu.

Pentadbiran Biden sekian lama dikritik kerana memberikan sokongan kepada Israel dalam serangan berterusannya di Semenanjung Gaza, yang mengorbankan lebih 46,500 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lepas terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel turut menghadapi kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Palestin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading