KAJANG: Polis hari ini mengesahkan mayat reput yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu merupakan Yap Xin Yuan, 15, yang dilaporkan hilang sejak 19 Dis lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia selepas hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan Jabatan Kimia Malaysia.
Dilaporkan mayat mangsa akan dituntu ahli keluarga di Hospital Banting, petang ini.
Terdahulu, Polis Selangor menahan tiga lelaki termasuk teman lelaki remaja perempuan selepas penemuan mayat berkenaan dalam keadaan reput, sehingga 5 Jan bagi membantu siasatan.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan hilang selepas dia tidak pulang ke rumahnya selepas tamat latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras, pada 19 Dis lalu.—AlHijrah Online