Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT TANPA IDENTITI DITEMUKAN DI PANTAI PUTERI

DALAM NEGARA

MAYAT TANPA IDENTITI DITEMUKAN DI PANTAI PUTERI

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat dipercayai wanita tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir kira-kira 8 pagi tadi.

MELAKA: Satu mayat tanpa identiti ditemukan di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mayat dipercayai wanita tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditemukan orang awam dalam keadaan tertiarap dan terbenam dalam pasir kira-kira 8 pagi tadi.

“Berdasarkan pemeriksaan awal pada badan mangsa mendapati tidak terdapat kecederaan atau unsur jenayah dan identiti mangsa sedang dikenal pasti menerusi analisis cap jarinya.

“Bagaimanapun kita percaya mangsa merupakan warganegara Malaysia berdasarkan kesan suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada bahunya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading