Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MESIR DAN RAKAN USAHA DAPATKAN GENCATAN SENJATA DI GAZA, KATA MENTERI LUAR

DUNIA

MESIR DAN RAKAN USAHA DAPATKAN GENCATAN SENJATA DI GAZA, KATA MENTERI LUAR

 Mesir, Qatar dan AS sedang merundingkan satu gencatan senjata dan menghentikan serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.  

Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry -foto AFP

JOHANNESBURG: Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry pada Jumaat.

“Kedua-dua Hamas dan Israel perlu menunjukkan kemahuan politik, kebertanggungjawaban untuk mencapai satu gencatan senjata dan melindungi orang awam,”  lapor Agensi Anadolu yang memetik Shoukry yang memberitahu stesen penyiaran kerajaan SABC di Pretoria  selepas perbincangan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan Naledi Pandor.

 Mesir, Qatar dan AS sedang merundingkan satu gencatan senjata dan menghentikan serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.  

“Penting untuk meneruskan fokus ke atas kehidupan dan keselamatan rakyat Palestin. Lebih 33,000, orang maut dengan 20,000 daripadanya wanita dan kanak-kanak. Ia sangat dahsyat dan perlu dihentikan. Kami perlu mencapai gencatan senjata dan  mengembalikan tawanan,”katanya. 

Shoukry berkata terdapat keperluan untuk membekalkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza dan perpindahan penduduk secara paksa merupakan satu jenayah perang.

“Kita mesti mendapatkan kembali keselamatan dan keamanan serta ruang lingkup politik untuk mendapatkan hak rakyat Palestin dan mewujudkan sebuah negara untuk mereka dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” kata Shoukry. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading