Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MESIR TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM PEMINDAHAN RAKYAT PALESTIN

DUNIA

MESIR TIDAK AKAN TERLIBAT DALAM PEMINDAHAN RAKYAT PALESTIN

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Ribuan rakyat Gaza telah mula pulang ke tanah air tercinta mereka selepas gencatan senjata. — AFP

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding,” katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara. 

Keselamatan negara Mesir tidak boleh dikompromi. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara,” katanya.

Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza “dibersihkan” dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai “tapak runtuhan” susulan serangan genosid Israel.

Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.

Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Okt 2023. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading