MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA JOHOR TETAPKAN ZAKAT FITRAH RM7, RM12, RM20
Penetapan itu dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di Johor, iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
JOHOR BAHRU: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12 dan RM20 pada tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata penetapan itu dibuat berdasarkan harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan kebanyakan penduduk Islam di Johor, iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.
Beliau berkata penetapan harga beras dan peratus penggunaannya diperoleh daripada Bahagian Kawalselia Padi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemborong dan peruncit di negeri itu.
Mohd Fared berkata ketetapan harga zakat fitrah bagi RM7 dikenakan kepada umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari gred seperti super special tempatan dan beras hancur.
“Pada kadar RM12 pula dikenakan kepada umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya selain super special tempatan iaitu beras import seperti beras putih import Thailand, Pakistan dan Vietnam.
“Sementara kadar RM20 pula dikenakan kepada umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya selain super special tempatan iaitu beras import seperti beras basmathi import dan super wangi serta ponnies,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sambutan 100 Tahun Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), di sini hari ini.
Beliau berkata umat Islam di Johor boleh melaksanakan pembayaran zakat fitrah menerusi 1,637 Amil Fitrah yang bertauliah dan diberi kuasa daripada MAINJ bagi menjalankan tugas memungut.
Mohd Fared berkata pembayaran boleh dilakukan menerusi bayaran tunai atau kod QR, perkhidmatan kaunter bergerak zakat MAINJ di setiap daerah serta kaunter UTC MAINJ di Kotaraya dan Pasir Gudang, di sini.
Beliau berkata umat Islam yang bermukim di Johor termasuk warga asing adalah wajib menunaikan zakat fitrah di negeri berkenaan.
Sementara itu beliau berkata unjuran pungutan fitrah bagi tahun ini adalah sebanyak RM29 juta dengan anggaran 2.51 juta umat Islam di Johor yang akan membayar zakat fitrah.
“Pengiraan unjuran ini mengambil kira keadaan ekonomi pada waktu kini, iaitu dengan mengambil nisbah 36 peratus adalah pembayar bayar bagi RM7, 45 peratus adalah pembayar RM12 serta 18 peratus adalah pembayar bagi RM20. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests