Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MILITAN DAESH LARI ELAK PERTEMPURAN DITANGKAP

DUNIA

MILITAN DAESH LARI ELAK PERTEMPURAN DITANGKAP

BAGHDAD: Menteri Pertahanan Iraq, Najah al-Shammari pada Rabu berkata pasukan keselamatan menangkap sejumlah militan Daesh yang cuba menyusup ke negara itu bagi mengelak pertempuran di Syria, lapor agensi berita Xinhua.

Al-Shammari membuat komen itu ketika lawatannya ke sempadan Iraq-Syria di mana beliau bertemu komander pasukan keselamatan.

Menurut agensi berita itu, Al-Shammari telah menekankan keperluan untuk terus memburu mereka yang telah menyusup masuk ke Iraq serta melakukan persediaan bagi mengekang penyusupan pengganas di sempadan Iraq-Syria.

Lawatan Al-Shammari ke kawasan itu dengan pasukan Syria dibuat setelah Turki melancarkan operasi ketenteraan terhadap pejuang Kurdish, yang telah mencetuskan kritikan masyarakat antarabangsa dan dunia arab serta amaran peperangan menentang keganasan mungkin terjejas.

Iraq bimbang militan Daesh dapat melarikan diri ke Iraq dan menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara itu semasa serangan Turki di Syria. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading