Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOHAMMAD MOKHBER DIJANGKA JADI PRESIDEN INTERIM IRAN

DUNIA

MOHAMMAD MOKHBER DIJANGKA JADI PRESIDEN INTERIM IRAN

Berdasarkan perkara 131 perlembagaan Iran, Naib Presiden Kanan mempunyai kata putus dalam semua perkara di negara itu dan akan mengambil alih pentadbiran, jika presiden meninggal dunia ketika dalam jawatan

Naib Presiden Iran, Mohammad Mokhber

Foto: AFP

TEHRAN: Naib Presiden Kanan Iran, Mohammad Mokhber, dijangka dinamakan sebagai Presiden Interim bagi menggantikan Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter.

Mohammad dilantik ke jawatan Naib Presiden Kanan pada 2021, selepas Ebrahim dipilih sebagai presiden.

Berdasarkan perkara 131 perlembagaan Iran, Naib Presiden Kanan mempunyai kata putus dalam semua perkara di negara itu dan akan mengambil alih pentadbiran, jika presiden meninggal dunia ketika dalam jawatan.

Selain itu, majlis dianggotai Naib Presiden Kanan, Yang Dipertua Parlimen dan Ketua Hakim perlu mengatur pilihan raya Presiden dalam tempoh maksimum 50 hari.

Ebrahim dipilih sebagai Presiden pada 2021 dan pilihan raya Presiden seterusnya sepatutnya diadakan pada 2025. Namun, mengikut perlembagaan, pilihan raya Presiden kini dijangka diadakan menjelang awal Julai ini.

Allahyarham Ebrahim yang lahir pada 1 September 1955 dilihat rapat dengan pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang mempunyai kata putus bagi semua perkara di negara itu.

Kehilangan Ebrahim turut mencetuskan satu lagi persoalan besar kerana Allahyarham sebelum ini dilihat sebagai pengganti Khamenei sekali gus boleh membawa kesan kepada hubungan Iran dengan seluruh wilayah itu – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading