Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MOTOSIKAL TERBABAS, REMAJA LELAKI MAUT TERCAMPAK KE DALAM PEMBENTUNG AIR 

DALAM NEGARA

MOTOSIKAL TERBABAS, REMAJA LELAKI MAUT TERCAMPAK KE DALAM PEMBENTUNG AIR 

Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak ke dalam lubang pembetung air sedalam 10 meter apabila motosikal yang dinaiki bersama abangnya dipercayai terbabas di Jalan Bunga Tanjung, Tampin, Negeri Sembilan malam tadi.

Sumber: Media sosial

SEREMBAN: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak ke dalam lubang pembetung air sedalam 10 meter apabila motosikal yang dinaiki bersama abangnya dipercayai terbabas di Jalan Bunga Tanjung, Tampin, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tampin Supt Amiruddien Sariman berkata mangsa berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tampin pada 11.30 malam, iaitu kira-kira sejam setengah selepas kejadian, manakala abangnya mengalami cedera ringan.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa bersama abangnya yang berusia 17 tahun dalam perjalanan dari Pekan Tampin menghala ke rumah rakan mereka di Kuala Ina.

“Tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y100 ditunggang abangnya dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum melanggar pembetung air yang dalam pembinaan di bahu kiri jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam lubang pembetung itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata remaja yang terjatuh itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba sebelum dikejarkan ke hospital dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Amiruddien berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta tampil ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin atau menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Sritharan melalui talian 06-4412502 bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading