NAHAS AMBULANS: DUA BAYI ANTARA YANG TERLIBAT

Sumber: Ihsan Polis

KULIM: Sebuah ambulans yang membawa dua bayi, dua wanita serta tiga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kulim Hi-Tech, hari ini.

Bagaimanapun, kesemua penumpang ambulans tersebut dalam keadaan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada 10.53 pagi.

Tambahnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech yang diketuai Mohd Yusri Yusof tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Terdapat empat orang dalam ambulans iaitu dua bayi dan dua wanita serta tiga kakitangan KKM manakala seorang lagi adalah wanita dipercayai pemandu kereta berkenaan yang berusia 50-an di lokasi,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, ketiga-tiga kakitangan KKM serta dua wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan di samping kedua-dua bayi itu tidak cedera.

“Bagaimanapun identiti kesemua mereka dalam ambulans itu tidak diperolehi setakat ini,” katanya.

Mohamadul berkata, ambulans tersebut dipercayai dari Klinik Kesihatan Padang Kulim dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kulim.–AlHijrah Online

Leave a Reply