Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NIAT PENCURI TERBANTUT SELEPAS JATUH DARI BUMBUNG

DALAM NEGARA

NIAT PENCURI TERBANTUT SELEPAS JATUH DARI BUMBUNG

Tindakan seorang penjenayah yang cuba meloloskan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman MDK 2 terbantut selepas dia terjatuh dari bumbung rumah, pada malam Selasa.

KENINGAU: Tindakan seorang penjenayah yang cuba meloloskan diri selepas memecah masuk sebuah rumah di Taman MDK 2 terbantut selepas dia terjatuh dari bumbung rumah, pada malam Selasa.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam itu menyaksikan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu berjaya ditahan dan diserahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Supritenden Nor Rafidah Kasim berkata, sepasukan anggota dari Unit Kereta Peronda (MPV) dan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau dikerah ke lokasi sebaik menerima laporan berkaitan kejadian itu.

“Hasil pemeriksaan fizikal terhadap suspek mendapati tidak ada kecederaan yang serius. Bagaimanapun, polis menemui barang curi milik tuan rumah yang dipecah masuknya.

“Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine atau syabu,” katanya.

Hasil pemeriksaan rekod lampau terhadap suspek mendapati dua rekod jenayah berkaitan dadah dan kes pecah rumah.

Suspek juga direman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading