Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI CABUL DUA WANITA DI CYBERJAYA DIBERKAS POLIS

DALAM NEGARA

LELAKI CABUL DUA WANITA DI CYBERJAYA DIBERKAS POLIS

Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kes cabul di sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.

SEPANG: Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam dua kes cabul di sebuah pusat komersial Tamarind Square di Cyberjaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 20 tahun yang juga penunggang p-hailing itu ditahan di sebuah rumah di Taman Putra Perdana, Puchong pukul 11 pagi tadi. 

Menurutnya, suspek berjaya dikesan hasil semakan rakaman litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada pengurusan Tamarind Square. 

“Hasil semakan rakaman CCTV mendapati suspek tiba di kawasan Tamarind Square pada pukul 1.57 petang dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115 ZR. 

“Suspek kemudian telah meletakkan motosikalnya di tempat parkir basement Tamarind Square dan berjalan kaki menghala ke kaki lima pusat beli-belah itu,” katanya seperti dilapor Utusan.

Wan Kamarul berkata, suspek semasa disoal siasat telah mengaku terlibat dalam kes cabul dua wanita di pusat beli-belah itu petang semalam.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Terdahulu, media melaporkan kes cabul pertama melibatkan seorang pembantu peribadi berusia 27 tahun dicabul di parkir bangunan tersebut semasa suspek cuba membantu mengambil troli yang dibawa mangsa.

“Bagaimanapun wanita berkenaan menolak bantuan tersebut namun lelaki  itu tetap mengambil barang pengadu dan memasukkan dalam kereta dan secara tiba-tiba suspek bertindak menyentuh dan meramas punggung pengadu sebelum melarikan diri,” katanya.

Bagi kes kedua membabitkan seorang wanita berusia 34 tahun yang sedang menunggu lif di bangunan yang sama sebelum didatangi suspek dari arah belakang dan memeluk serta mencabul mangsa.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading