Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL LARANG LELAKI PALESTIN BERUMUR 12-40 TAHUN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA

DUNIA

ISRAEL LARANG LELAKI PALESTIN BERUMUR 12-40 TAHUN SOLAT JUMAAT DI MASJID AL-AQSA

Israel melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.

Sumber Gambar: AFP

BAITULMAQDIS: Israel melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.

Hanya wanita Palestin, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa jika mahu menunaikan solat, menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa Israel.

Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.

Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk melawat pada Ahad dan Khamis.

Rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk Masjid Al-Aqsa.

Untuk keluar dari Tebing Barat yang diduduki, rakyat Palestin terpaksa melalui satu daripada 23 pusat pemeriksaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading