Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1,000 BUAT KAKITANGAN AWAM KEDAH

DALAM NEGARA

BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM1,000 BUAT KAKITANGAN AWAM KEDAH

Kerajaan Negeri Kedah menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri itu sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Sumber Gambar: BERNAMA

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah menerusi Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini meluluskan Bantuan Khas Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri itu sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kelulusan itu akan melibatkan semua kakitangan awam pelbagai peringkat dan jawatan yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5.35 juta.

Selain itu, beliau berkata Mesyuarat Exco juga meluluskan bantuan khas hari raya kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di seluruh negeri ini yang melibatkan 2,050 penerima dengan peruntukan RM307,500.

“Ia akan disalurkan melalui Pusat Khidmat ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) masing-masing,” katanya yang dipetik menerusi hantaran Facebook miliknya hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading