Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

OPERASI ONE UTAMA DITUTUP TUJUH HARI, PKPD ASRAMA TROPICANA – ISMAIL SABRI

DALAM NEGARA

OPERASI ONE UTAMA DITUTUP TUJUH HARI, PKPD ASRAMA TROPICANA – ISMAIL SABRI

KUALA LUMPUR: Operasi pusat membeli-belah One Utama akan ditutup selama tujuh hari bermula 12 Oktober 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penutupan itu dibuat selepas menilai cadangan yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hari ini Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendengar pembentangan dari KKM dan telah bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi One Utama selama tujuh hari bagi membolehkan proses saringan terhadap semua pekerja dan pihak terlibat.

“Lebih kurang 800 orang akan terlibat dan proses sanitasi serta nyahkuman akan dilakukan di seluruh pusat membeli-belah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Selain itu Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Tropicana di Petaling Jaya selama 14 hari berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 12 Oktober 2020 sehingga 25 Oktober 2020.

Jumlah penghuni yang terlibat katanya adalah seramai 500 orang.

“KKM hari ini telah mengesahkan terdapat kes positif COVID-19 yang melibatkan pekerja-pekerja Tropicana Corporation Berhad, Petaling Jaya.

“Pelaksanaan PKPD ni bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kalangan penghuni asrama pekerja-pekerja tersebut serta membolehkan pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Walaubagaimanapun, pelaksanaan PKPD ini tidak melibatkan kawasan Tropicana Golf Club & Country Resort,” katanya.

Sebelum ini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling memaklumkan kompleks membeli-belah One Utama dan Tropicana Golf & Country Resort diarah tutup selepas sembilan individu melibatkan pekerja dan pengunjung di kedua-dua lokasi itu disahkan positif COVID-19. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading